Wednesday, 27 September 2017

Kemahiran Membaca (Wong Hui Min)

WONG HUI MIN
990809-01-6580
2017112310102


KEMAHIRAN MEMBACA

Apa Itu Membaca???

Membaca adalah satu cara bagi mendapatkan informasi daripada sesuatu yang ditulis. Sebagai pelajar, membaca menjadi suatu keutamaan bagi mendapatkan maklumat dan memahami sesuatu perkara atau konsep. Bagi menjadi pembaca yang berkesan, kita mesti menguasai beberapa teknik membaca yang betul dan sesuai dengan keupayaan kita. Membaca biasanya berkait rapat dengan pelajar dan peperiksaan.

TEKNIK MEMBACA
Membaca boleh dibahagikan kepada dua teknik iaitu:
a) Teknik Pembacaan Cepat
b) Teknik Pembacaan Perlahan


TEKNIK PEMBACAAN CEPAT/ PANTAS
TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)


Teknik Skimming atau Luncuran adalah satu kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin mendapatkan maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas.

TUJUAN:
ü  Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen
ü  Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera

CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING:
ü  Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
ü  Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
ü  Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
ü  Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca

TEKNIK SCANNING (IMBASAN)


Teknik Scanning atau Imbasan adalah kemahiran membaca yang digunakan oleh seseorang yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.

TUJUAN:
v  Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk
v  Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan
v  Untuk mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk

CARA-CARA MEMBUAT TEKNIK SCANNING:
v  Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
v  Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan
v  Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada

TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN
TUJUAN:
·        Untuk membuat analisis
·        Supaya lebih faham
·        Dapat menilai bahan bacaan
·        Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan
·        Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan

TEKNIK SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.



SQ3R ialah:

S- SURVEY (MENGKAJI)
§  Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
§  Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk
§  Baca keterangan, carta dan grafik
§  Baca rumusan
§  Melihat bagaimana maklumat disampaikan
§  Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan

Q- QUESTION (MENYOAL)
§  Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian
§  Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan
§  Menyoal; "apa yang saya tahu tentang tajuk ini?". Kaitkan dengan apa yang dibaca
§  Bersoal jawab dengan rakan-rakan
§  Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab

3R- READ (MEMBACA)
§  Baca perlahan pada petikan yang sukar
§  Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting
§  Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
§  Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
§  Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci

3R- RECITE (MENYEBUT)
§  Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
§  Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat
§  Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan

3R- REVIEW (MENGULAS)
§  Ulas semula maklumat yang dibaca
§  Ulas soalan dan jawapan
§  Buat ulasan nota
§  Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar
§  Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar

TEKNIK MEMBACA KWLH


KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
K (KNOW) - apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (WANT) - apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (LEARNED) - apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (HOW) - bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)

TEKNIK MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU:
Ø  Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
Ø  Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
Ø  Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
Ø  Mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
Ø  Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

TEKNIK INI MEMBOLEHKAN PARA PELAJAR:
1.     Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca
2.     Menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya
3.   Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan

Monday, 25 September 2017

Kemahiran Mencatat Nota (Vanessa)

VANESSA CHUA MIN HUI
990708-13-5898
2017112310101


TUGASAN 2


KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA


√ Nota ialah tulisan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menjadi rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
√ Merupakan aktiviti yang sangat penting bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
√ Mengikut Jabar Ibrahim (1992), beliau mengatakan bahawa teknik pengambilan nota perlu dipelajari.
√ Tujuan membuat nota:
 × Membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum peperiksaan.
 × Kaedah yang berkesan untuk proses pengukuhan.
 × Membantu pelajar mengimbas kembali apa yang telah dipelajari.
 × Merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa.
√ Sebelum menulis nota:
 × Memerlukan persiapan mental dan fizikal sebelum megikuti kuliah.
 × Mempunyai peralatan yang lengkap untuk mencatat nota.
× Memastikan penggunaan pen yang sesuai dan kertas nota yang mencukupi untuk mencatat nota.
√ Semasa menulis nota:
 × Mencari isi yang penting.
 × Nota perlu mengandungi bahan utama,bahan buatan dengan contoh dan huraian yang berkaitan.
 × Menurut Howe (1986),nota yang baik perlu mempunyai tajuk,tarikh dan subtajuk yang berkaitan.
× Menurut Carmen dan Adams(1984),pelajar perlu mencatat fakta yang penting dengan menggunakan singkatan dan simbol.
√ Selepas menulis nota:
 × Nota perlu diperbaiki.

 × Menyimpan nota dengan teratur dan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.

× Menurut Howe(1986),menyatakan bahawa nota yang tidak kemas atau bercampur dengan nota matapelajaran yang lain akan menyebabkan nota tidak dapat berfungsi dengan baik semasa memerlukan.

1.0  CARA-CARA MEMBUAT NOTA


1.1  ANNOTATION

     √ Merupakan catatan atau contengan ringkas dalam buku teks atau nota yang ditulis di ruangan tepi sesuatu artikel.

Annotation dapat dibuat dengan:
IMG_256IMG_256IMG_256IMG_256

Contoh annotation:
IMG_256

1.2  OUTLINE NOTE

Nota yang disediakan dalam bentuk point dengan menggunakan perenggan,nombor atau perkataan. Nota dibuat dengan menyenaraikan point utama dan subpoint. Point utama adalah focus kajian/ isu keprihatinan manakala subpoint adalah tinjauan masalah dan analisis masalah.
Contoh Outline Note:

IMG_256

1.3  Column Note
    √ Merupakan cara mebgambil nota menggunakan format berbentuk lajur.Teknik ini lebih sesuai untuk matapelajaran Sains dan Matematik.

Contoh Column Note:
IMG_256

1.4  NOTA RUMUSAN
  • Nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca ataupun yang didengari bukan membuat ringkasan.
  • Boleh dirumus dalam bentuk perenggan.
  • Boleh diringkaskan dengan ayat sendiri.
  • Mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan.

Contoh Nota Rumusan:
IMG_256


2.0  ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
    √ Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan.Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas,jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.Di sini dikemukakan 4 alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu:
         → Pengurusan Grafik
         → Peta Minda
         → Pemetaan I-think

2.1 PENGURUSAN GRAFIK
→ Definisi: Satu bentuk ilustrasi atau lakaran.Ia digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan pemikiran.Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan individu tentang proses pemikiran yang berlaku.Ia juga menggambarkan secara mudah dan jelas sesuatu idea dan berhubungannya dengan aspek yang berkaitan.

Jenis-jenis Kerangka Fikiran
× pengurusan grafik membanding dan membeza
× pengurusan grafik membuat kategori
× pengurusan grafik meneliti bahagian dan keseluruhan
× pengurusan grafik membuat sekuen
× pengurusan grafik menerangkan sebab
× pengurusan grafik membuat ramalan
× pengurusan grafik menyusul periksa andaian
× pengurusan grafik membuat inferen
× pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat
× pengurusan grafik menjana idea
× pengurusan grafik mencipta analogi
× pengurusan grafik mencipta metafora
× pengurusan grafik membuat keputusan
× pengurusan menyelesaikan masalah

        Cara Menggunakan Pengurusan Grafik

        √ merancang dan menyusun idea
        √ memahami proses pemikiran kendiri
        √ menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat
        √ menghubung semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut.

        Contoh Pengurusan Grafik:
IMG_256
        
2.2 PETA MINDA
  • Menurut Tee Et Al(2009),peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan di sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.




Kepentingan Peta Minda:
× menghasikan nota
× ingat kembali
× kreativiti
× penyelesaian masalah
× perancangan
× pembentangan
× penggunaan otak kiri dan kanan serentak.
× membuat sinopsis

Contoh Peta Minda:
IMG_256

2.3 PEMETAAN I-THINK
→ I-Think bermaksud innovative yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif,kritis dan inovatif.

Alat berfikir yang diperkenalkan dalam I-think:
× circle map
× bubble map
× double bubble map
× tree map
× brace map
× flow map
× multi flow map
× bridge map

Contoh I-Think:
IMG_256IMG_256IMG_256 IMG_256IMG_256                                      
2.4  ALAT CORT 1
→ Edward de Bono berkelulusan S.Phil.Perubatan dari Universiti Cambridge telah memperkenalkan Program CORT.(Cognitive Research Trust.)
→ Dalam pendidikan,CORT I dan CORT IV digunakan untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
→ CORT I merupakan asas bagi program CORT dan bertujuan memperluaskan pandangan pelajar supaya lebih kreatif,konstruktur dan kritis.
→ CORT IV melatih pelajar mencambahkan idea-idea baru dengan menggunakan satu perkataan rawak.

CORT I :
→ menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas.Terdapat 7 jenis alat CORT.Antaranya ialah:
  × PMI(Plus,Minus,Interesting):kebaikan,keburukan dan menarik
  × CAF(Consider All Factors):mengambil kira semua faktor
  × C&S(Consequence Sequal):kesan mengikut jangka masa
  × AGO(Aims,Goals,Objectives):tujuan,matlamat dan objektif
  × FIP(First Important Priorities):keutamaan mengikut kepentingan
  × APC(Alternatives,Possibilities And Choices):alternatif,kemungkinan dan pilihan
  × OPV(Other People’s View):Pandangan orang lain

CORT IV:
→ membantu meningkatkan kreativiti,iaitu menghasilkan persepsi yang baru.
→ lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral,istilah yang dicipta oleh Edward de Bono.
→ Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.
→ Alat-alat yang terdapat dalam CORT IV biasa digunakan adalah alat penggunaan YA,TIDAK dan PO.
→ Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK.Ia telah mantap dan kukuh.Tidak dapat diubah dan dipindah.
→ CORT IV memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil PO.
→ PO merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian.Kita menilai sesuatu kemungkinan sama ada betul atau salah.
→ PO digunakan secara kreatif untuk mencari idea baru atau cara baru mengkaji sesuatu.
→ PO berasal daripada perkataan poetry(puisi),dimana idea-idea yang ganjil dicantum untuk mencapai kesan tertentu.
→ PO juga berkaitan dengan supposition(andaian)dan hipotesis di mana idea-idea yang belum dibuktikan digunakan untuk merangsang pemikiran yang selanjutnya.
Winnie The PoohWinnie The Pooh