WONG HUI MIN
990809-01-6580
2017112310102
KEMAHIRAN
MEMBACA
Apa Itu Membaca???
Membaca adalah
satu cara bagi mendapatkan informasi daripada sesuatu yang ditulis. Sebagai
pelajar, membaca menjadi suatu keutamaan bagi mendapatkan maklumat dan memahami
sesuatu perkara atau konsep. Bagi menjadi pembaca yang berkesan, kita mesti
menguasai beberapa teknik membaca yang betul dan sesuai dengan keupayaan kita.
Membaca biasanya berkait rapat dengan pelajar dan peperiksaan.
TEKNIK MEMBACA
Membaca boleh
dibahagikan kepada dua teknik iaitu:
a) Teknik Pembacaan Cepat
b) Teknik Pembacaan Perlahan
TEKNIK PEMBACAAN CEPAT/
PANTAS
TEKNIK
SKIMMING (LUNCURAN)
Teknik
Skimming atau Luncuran adalah satu kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin
mendapatkan maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas.
TUJUAN:
ü
Mendapatkan
maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen
ü
Pandangan
umum mengenai dokumen dengan segera
CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING:
ü
Membaca
tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
ü
Membaca
dengan pergerakan mata yang dekat
ü
Fokus
kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
ü
Memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca
TEKNIK
SCANNING (IMBASAN)
Teknik
Scanning atau Imbasan adalah kemahiran membaca yang digunakan oleh seseorang
yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
TUJUAN:
v
Untuk
mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk
v
Untuk
mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan
v
Untuk
mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk
CARA-CARA MEMBUAT TEKNIK
SCANNING:
v
Membaca
pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
v
Membaca
kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang
dinyatakan
v
Memberikan
perhatian kepada rajah dan grafik yang ada
TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN
TUJUAN:
·
Untuk
membuat analisis
·
Supaya
lebih faham
·
Dapat
menilai bahan bacaan
·
Memahami
arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan
·
Dapat
mengingat maklumat dengan lebih berkesan
TEKNIK SQ3R
SQ3R ialah
teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia
merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian
maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang
perlu diselesaikan.
SQ3R ialah:
S- SURVEY (MENGKAJI)
§
Kaji
bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
§
Baca
prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk
§
Baca
keterangan, carta dan grafik
§
Baca
rumusan
§
Melihat
bagaimana maklumat disampaikan
§
Lihat
sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan
Q- QUESTION (MENYOAL)
§
Menyoal
perkara yang berkaitan dan bersesuaian
§
Menukar
tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan
§
Menyoal;
"apa yang saya tahu tentang tajuk ini?". Kaitkan dengan apa yang
dibaca
§
Bersoal
jawab dengan rakan-rakan
§
Menjawab
soalan yang terdapat di akhir bab
3R- READ (MEMBACA)
§
Baca
perlahan pada petikan yang sukar
§
Ambil
perhatian pada petikan atau frasa yang penting
§
Catatkan
nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
§
Dapatkan
contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
§
Ulang
baca dan tumpukan pada kata kunci
3R- RECITE (MENYEBUT)
§
Cuba
faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
§
Gunakan
deria untuk memudahkan proses mengingat
§
Imbas
kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan
3R- REVIEW (MENGULAS)
§
Ulas
semula maklumat yang dibaca
§
Ulas
soalan dan jawapan
§
Buat
ulasan nota
§
Gunakan
kad imbasan pada soalan yang sukar
§
Buat
rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar
TEKNIK MEMBACA KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
K (KNOW) - apa yang telah diketahui
(sebelum membaca)
W (WANT) - apa yang hendak diketahui
(sebelum membaca)
L (LEARNED) - apa yang telah diketahui
(selepas membaca)
H (HOW) - bagaimana untuk mendapat maklumat
tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)
TEKNIK MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN
BAHAWA PEMBACA PERLU:
Ø
Mengingat
dahulu apa yang telah diketahui
Ø
Membayang
atau menentukan apa yang ingin diketahui
Ø
Melakukan
pembacaan (bahan yang telah dipilih)
Ø
Mengetahui
apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
Ø
Menentukan
lagi apa yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
TEKNIK INI MEMBOLEHKAN PARA
PELAJAR:
1.
Mengaitkan
pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca
2.
Menentukan
apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya
3. Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan
No comments:
Post a Comment